Monday, 19 January 2015

KUBAH NATIONAL PARK, MATANG SARAWAK





Taman Negara Kubah merupakan satu daripada lokasi perkelahan yang harus anda kunjungi ketika bercuti di negeri Sarawak. Taman negara ini terletak di bahagian Matang berhampiran dengan ibu negeri Kuching dan perjalanan ke tempat ini mengambil masa sekitar 30  minit sahaja. Selain itu, kawasan perkelahan ini berhampiran dengan Pusat rekreasi keluarga Matang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti kawasan air terjun yang luas dan homestay yang pastinya mengamit pelancong dalam mahupun luar negara.

Pemandangan dari puncak Gunung Serapi


Pada bulan April 2014, saya berkesempatan untuk mengunjungi Taman Negara Kubah bagi dengan melakukan aktiviti "jungle tracking". Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam ini sebelum sampai ke kawasan air terjun menyimpan 1001 khazanah hutan simpan yang masih terpelihara. Pengalaman yang sangat menarik sepanjang pendakian kami di Gunung Serapi memberi kami ketenangan untuk melupakan seketika ''assignment'' yang perlu disiapkan pada cuti pertengahan semmester yang lalu. Keindahan alam semula jadi yang menempatkan beberapa spesis flora menarik perhatian kami untuk mengambil beberapa gambar sebagai kenangan. Setelah beberapa jam pendakian kami berhenti di puncak Gunung Serapi untuk berehat seketika, dan kami disajikan dengan pemandangan bandaraya Kuching dari puncak gunung.






































Trek yang licin dan mencabar memaksa kami untuk berhenti beberapa kali sebelum tiba di lokasi air terjun yang kami nanti-nantikan. Akhirnya kami tiba di kawasan air terjun pada waktu tengah hari dan kami teruja untuk menikmati air terjun yang begitu cantik dan mengasikan. Pengdakian kami tidak sia-sia kerana kami berjaya menemui air terjun yang sangat indah dan merupakan sasaran pelancong dari Eropah dan Jepun. Sekiranya anda bercuti bersama keluarga di Negeri Sarawak, jangan lepaskan pengalaman anda untuk mengunjungi taman ini dan sebaik-baiknya rancanglah perjalanan anda terlebih dahulu agar tiada masalah yang dihadapi sekiranya berkunjung ke sini.


No comments:

Post a Comment