Sunday, 25 December 2016

Resepi Nasi Lemak Tumis Ayam Berempah


Resepi nasi lemak tumis ini, merupakan resepi ibu sebenarnya. Bila tengok blog resepi masakan melayu memuat naik gambar- gambar makanan, jadi saya pun terjebak macam blogger masakan juga. Okay,let's straight to the point.



BAHAN-BAHAN UNTUK NASI

2 cawan beras
2 sudu mentega
Rempah tumis ( 4 sekawan)
1 inci halia ( hiris)
2 ulas bawang putih ( hiris)
1 helai daun pandan
1 batang serai (dititik)
1 camca halba (direndam)
3 cawan air
1 biji kiub pati ayam
1 helai daun pandan

Cara- caranya

1. Cuci beras dan tuskan airnya, panaskan periuk dan cairkan mentega. Tumis rempah tumis ( 4 sekawan) bersama serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih dan halia yang telah dihiris.
2. Masukkan air diikuti oleh kiub pati ayam, daun pandan berserta halba (optional). Akhir sekali masukkan beras dan biarkan nasi sehingga masak.

BAHAN - BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS

3 ulas bawang besar (kisar)
4/5 ulas bawang putih (kisar)
30 gram ikan bilis
100 gram cili kering (kisar)
1 ketul gula melaka
air asam jawa
minyak masak
garam secukup rasa

Cara-caranya

1.Kisarkan kesemua bahan- bahan untuk sambal tumis kecuali gula melaka dan air asam jawa.
2. Panaskan minyak, dan tumis bahan- bahan yang telah dikisar sehingga minyak terbit.kemudian masukkan air asam jawa dan gula melaka (optional boleh ganti gula biasa).
3. Tumiskan sehingga sambal cili tersebut hilang pedasnya dan bertukar warna merah tua dan masukkan garam secukupnya.

BAHAN - BAHAN UNTUK AYAM BEREMPAH

Ayam
Bawang putih dan merah
2 inci halia
2 serai
1 sudu biji ketumbar dan jintan
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu madu
garam secukupnya

Cara-caranya
1. kisarkan kesemua bawang, halia, serai dan biji ketumbar.
2. campurkan bahan kisar bersama serbuk kunyit dan ratakan di seluruh bahagian ayam.
3. masukkan madu dan garam, pastikan bahan-bahan ini meresap ke dalam daging ayam. Perapkan selama 1/2 jam sebelum menggoreng ayam.

Setelah selesai hiaskan nasi dengan ikan bilis,kacang tanah goreng dan timun. Selamat mencuba.


Thursday, 2 July 2015

Fairy Cave, Bau

Fairy Cave atau nama dalam malay gua pari- pari terletak di daerah Bau, Sarawak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam dari Kota Samarahan untuk sampai ke gua tersebut. bagi korang yang sukakan aktiviti outdoor macam aku ni tapi yang tak suka buat hiking bolehlah berkunjung ke Fairy Cave ni. Well it quite mencabar untuk sampai ke pintu masuk ke gua tu. korang terpaksa menaiki tangga setinggi bangunan 4 tingkat sebelum sampai ke pintu masuk.


Tangga setinggi bangunan 4 tingkat



Keadaan agak gelap,  just make sure don't forget to bring your own torchlight. Hahaha . . . just kidding sebenarnya tak lah gelap sangat tapi sebagai langkah berjaga- jaga bawak jelah. Sesampainya, kami di pintu gua tersebut bau tahi kelawar mencucuk- cucuk rongga hidung kami. perjalan masuk memang mencabar, bila korang terpaksa berjalan dalam gelap dengan keadaan jalan yang licin dan berlumaut bau lembab menambah kesukaran lagi. cewahhh ayat. . .

Tangga curam sebelum sampai ke bahagian dalam gua


Part yang paling susah ialah tangga yang curam dan cuma seorang sahaja dibenarkan lalu ketika memanjat tangga tersebut. Setibanya kami di bahagian dalam gua tersebut kami dihadiahkan dengan pemandangan yang cukup mempersonakan. penat kami seperti hilang selepas melihat batuan kapur yang terjadi disebabkan oleh hakisan air. pelbagai bentuk yang terhasil daripada hakisan batuan kapur dapat dilihat. setelah selesai mendaki batu-batu untuk sampai ke bahagian atas gua tersebut kami rehat sebentar sebelum memulakan perjalanan turun untuk pulang. 

Pemandangan Gua Pari-pari 1























Pemandangan Gua Pari-pari 2


















Pemandangan Gua Pari-pari 3






















Gua pari-pari merupakan tempat yang harus dikunjungi bagi pencinta alam sekitar yang ingin lari daripada kesibukan suasana kota. sekiranya anda berkunjung ke Sarawak jangan lupa untuk singgah ke Gua Pari-pari bagi melihat keindahan batuan kapur yang terhasil daripada hakisan air yang berusia ribu atau jutaaan tahun.




Sunday, 31 May 2015

Me and myself

semester ni nak abes dah, sedar tak sedar dh hampir dua tahun aq bermusafir kat sarawak ni. well, this semester lebih mencabar, and sometimes i just want to cry. but i could not do that. aq pun tak tahu kenapa. mum can you stop asking about my boy friend ??? risau kot  maybe sebab sepupu aq dah ramai yang kawin early in this year. lotsss lah. aq tak terfikir pun pasal semua tu. korang tahu sebab ape aq tak fikir lagi pasal tu. sebab kalau aq kawin awal, susah lah aq nak balas jasa parents aq.  well, i'm not just like my brother. baru aq sedar betapa bestnya hidup di samping family and kawan2 yang really2 ohsem beb. ohsem2 jgk tapi Tuhan yang lupe. harap sgt yang aq boleh grade on time, arghhhhh . . . 1 years more to go. jomlah cari tempat untuk internship, balik nie. semoga dapat bawak balik segulung ijazah dari unimas dan juga future husband. hehehehehe . . . (evil laugh)

Monday, 19 January 2015

KUBAH NATIONAL PARK, MATANG SARAWAK





Taman Negara Kubah merupakan satu daripada lokasi perkelahan yang harus anda kunjungi ketika bercuti di negeri Sarawak. Taman negara ini terletak di bahagian Matang berhampiran dengan ibu negeri Kuching dan perjalanan ke tempat ini mengambil masa sekitar 30  minit sahaja. Selain itu, kawasan perkelahan ini berhampiran dengan Pusat rekreasi keluarga Matang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti kawasan air terjun yang luas dan homestay yang pastinya mengamit pelancong dalam mahupun luar negara.

Pemandangan dari puncak Gunung Serapi


Pada bulan April 2014, saya berkesempatan untuk mengunjungi Taman Negara Kubah bagi dengan melakukan aktiviti "jungle tracking". Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam ini sebelum sampai ke kawasan air terjun menyimpan 1001 khazanah hutan simpan yang masih terpelihara. Pengalaman yang sangat menarik sepanjang pendakian kami di Gunung Serapi memberi kami ketenangan untuk melupakan seketika ''assignment'' yang perlu disiapkan pada cuti pertengahan semmester yang lalu. Keindahan alam semula jadi yang menempatkan beberapa spesis flora menarik perhatian kami untuk mengambil beberapa gambar sebagai kenangan. Setelah beberapa jam pendakian kami berhenti di puncak Gunung Serapi untuk berehat seketika, dan kami disajikan dengan pemandangan bandaraya Kuching dari puncak gunung.






































Trek yang licin dan mencabar memaksa kami untuk berhenti beberapa kali sebelum tiba di lokasi air terjun yang kami nanti-nantikan. Akhirnya kami tiba di kawasan air terjun pada waktu tengah hari dan kami teruja untuk menikmati air terjun yang begitu cantik dan mengasikan. Pengdakian kami tidak sia-sia kerana kami berjaya menemui air terjun yang sangat indah dan merupakan sasaran pelancong dari Eropah dan Jepun. Sekiranya anda bercuti bersama keluarga di Negeri Sarawak, jangan lepaskan pengalaman anda untuk mengunjungi taman ini dan sebaik-baiknya rancanglah perjalanan anda terlebih dahulu agar tiada masalah yang dihadapi sekiranya berkunjung ke sini.